Lebih 60,000 pengunjung yang terdiri daripada pelbagai kaum, hadir memeriahkan Sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2019 peringkat Selangor, malam tadi. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat negeri yang berlangsung di Bulatan Bazarena, Shah Alam itu. Hadir sama Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dan barisan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) negeri. Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan artis terkenal seperti Jamal Abdillah, Jay Jay, Hael Husaini dan Wany Hasrita serta persembahan kebudayaan dan kesenian daripada Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini