Lebih 400 migran akhirnya tiba di pelabuhan selatan Itali iaitu Pozzallo pada Sabtu selepas diselamatkan NGO Jerman Sea Watch,minggu lalu.

Seramai 446 pelarian itu diselamatkan dalam lima operasi berasingan.

Bagaimanapun ada dalam kalangan mereka telah dipindahkan untuk rawatan perubatan sementara menunggu kerajaan Itali memberi kebenaran untuk berlabuh.

Menurut agensi pelarian PBB, lebih 66,000  orang tiba di Itali melalui laut dari Afrika Utara dan Asia Barat pada tahun lepas.

Dianggarkan lebih 1,800 orang terkorban dalam usaha menyeberangi laut Mediterranean untuk ke Eropah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini