Lebih 7,000 vesel menangkap ikan daripada 56,000 vesel dibatalkan Jabatan Perikanan (DOF) bagi tempoh 2015 hingga 2020 berikutan kegagalan nelayan mematuhi peraturan dan syarat lesen ditetapkan. 
 
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1 , Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, angka itu diperoleh selepas proses pemutihan yang dilaksanakan.
 

Antara sebab pembatalan vesel adalah nelayan tidak memperbaharui lesen atau pajak lesen kepada pihak ketiga.  

Beliau menyatakannya selepas program pelepasan benih udang galah ke perairan umum, penyerahan lesen sampan khas, bantuan SpeKS Akuakultur dan bakul makanan MAFI Prihatin peringkat Melaka di Kuala Linggi. 
 
Dalam pada itu, tahun ini, sebanyak 3,629 vesel menangkap ikan telah diperbaharui dengan 295 lesen berkenaan melibatkan nelayan di Melaka.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini