Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesan lebih 8,000 peserta yang berdaftar dengan program Malaysia Rumah Kedua Ku (MM2H) tidak bermastautin di negara ini.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, mereka hanya masuk ke Malaysia untuk tempoh singkat iaitu semasa mendaftar permohonan atau semasa memperbaharui pas sahaja.

Justeru kesemua peserta akan dinilai semula bagi mengetahui tujuan utama mereka menyertai MM2H.

Jelasnya, KDN hanya ingin memastikan jumlah warga asing yang menetap di negara ini dalam kalangan individu yang berkualiti dan mampu membantu dari sudut ekonomi.

Pada masa sama, Datuk Seri Hamzah turut meminta rakyat supaya tidak gusar kerana jumlah peserta MM2H di Malaysia hanyalah 57,478 orang termasuk tanggungan masing-masing.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini