Seramai 400,678 atau lebih 97 peratus guru dalam negara telah lengkap vaksinasi Covid-19, setakat Sabtu lalu.
 
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, 408,331 atau 98.8 peratus pula telah selesai suntikan dos pertama. 

Beliau sehubungan itu menggalakkan komuniti guru selain yang mempunyai faktor kesihatan segera mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.
 
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan di Sekolah Kebangsaan Pos Bersih di Slim River, Perak.
 
Dalam lawatan berkenaan, beliau mengumumkan  Kementerian Pendidikan akan membina sebuah Sekolah Menengah di Kampung Sawa, Slim River.

Pembinaan sekolah itu akan memanfaatkan penduduk pedalaman khususnya masyarakat orang asli  dan penduduk sekitar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini