Golongan belia berusia 18 hingga 20 tahun  dan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi, bakal menerima RM150 secara one-off, menerusi program e-Start, yang akan dikreditkan ke dalam akaun e-dompet. Menerusi peruntukkan RM300 juta lebih dua juta belia bakal menerima manfaat.

Selain itu, insentif kepada majikan yang menggaji perantis lepasan sekolah dan graduan berusia 18 hingga 30 tahun akan disediakan, sebanyak RM900 sebulan bagi tempoh enam bulan, berbanding RM800 sebelum ini.

Kerajaan juga telah membayar elaun sebanyak RM900 kepada pelajar yang menjalani proram latihan industri sejak 2019.  Justeru, pihak swasta disaran turut memberi elaun sekurang-kurangnya RM900 atas khidmat pelajar tersebut.

Kerajaan juga bercadang melanjutkan galakan cukai bagi program latihan industri berstruktur sehingga tahun taksiran 2025 dan turut diperluas kepada pelajar peringkat ijazah sarjana, sijil profesional serta sijil kemahiran malaysia tahap 1 dan 2.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini