Lebih RM225 bilion hasil diperoleh Kerajaan Persekutuan sepanjang tahun lalu. Jumlah itu 14.9 peratus atau RM39.34 bilion lebih rendah berbanding tahun sebelumnya.

Menurut Laporan Ketua Audit negara Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan serta Pengauditan Pematuhan Kementerian dan Jabatan Persekutuan 2020 perbelanjaan mengurus turun 14.7 peratus kepada RM224.6 bilion. Turun 55.7 peratus, lebihan hasil berjumlah RM 0.475 bilion. Perbelanjaan pembangunan juga turunRM 2.813-bilion untuk tempoh sama.

Tahun lalu, RM39.019 bilion dibelanjakan untuk COVID-19. Secara keseluruhan, defisit RM87.645 bilion direkodkan dengan nisbah kepada KDNK, pada kadar 6.2 peratus. Tahun lalu, Hutang Persekutuan berjumlah 62.1 peratus daripada KDNK.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini