17,382 serbuan berkaitan aktiviti perjudian telah dilakukan Polis Diraja Malaysia, PDRM menerusi Op Dadu, untuk tempoh sehingga 31 Oktober tahun ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abdul Jalil Hassan berkata dalam tempoh sama,  25,643 individu telah ditangkap dengan jumlah rampasan wang tunai bernilai lebih RM8 juta.


Beliau bercakap pada sidang media di Bukit Aman.

Rekod terkini PDRM menunjukkan terdapat 161 operator perjudian berdaftar dengan Kementerian Kewangan di seluruh negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini