Enam hingga lapan minggu lagi, separuh daripada benua Eropah akan dijangkiti varian Omicron COVID-19.

Itu amaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan mengambil kira ramalan aliran semasa lonjakan varian baharu berkenaan.

Menurut Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Rantau Eropah, Hans Kluge, Omicron membawa gelombang baharu penularan COVID-19 dari barat ke timur.

Jelasnya, gelombang itu sedang bergerak dengan pantas merentasi Eropah.

Pada minggu pertama 2022, lebih 7 juta kes positif dilaporkan.

Rantau Eropah WHO meliputi 53 negara dan wilayah termasuk beberapa di Asia Tengah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini