Beberapa laluan di Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak, berdekatan Bentong, Karak dan Temerloh masih ditutup berikutan banjir belum surut.
 
Pengurus Besar Kanan Ketua ANIH Berhad, Radzimah Mohd. Radzi berkata, lokasi berkenaan ialah Jalan Lanchang ke Temerloh di kilometer 112.2, 113 dan 114.8 hingga kilometer 115 serta kilometer 116.2 hingga 117.7.

Penutupan kerana trend air menaik di kedua-dua arah.

Manakala di kilometer 124 laluan antara Temerloh ke Chenor, banjir berlaku di lorong kecemasan berikutan kenaikan paras air. 

Bagi laluan antara Karak ke Temerloh di kilometer 76 hingga 126 masih ditutup di kedua-dua hala kepada semua jenis kenderaan.
 
Beberapa laluan dari Karak menghala ke Kuala Lumpur iaitu di kilometer 74.9, juga masih ditutup berikutan berlakunya pembentukan lubang yang dalam di permukaan jalan, serta serpihan kayu dan batu akibat banjir
 
Manakala di kilometer 74.4 dan kilometer 71 di kedua-dua hala ke Bentong juga ditutup untuk laluan semua jenis kenderaan.
 
Penutupan turut melibatkan laluan di kilometer 69.5 dan kilometer 67.8 menghala Bentong dan Kuala Lumpur, kerana berlaku kejadian aliran serpihan kayu dan batu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini