Di Pulau Pinang.

Lebuh raya dari Bandar Baru Air Itam ke Lebuh  Raya Tun Dr Lim Chong Eu dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.
 
Laluan sejauh enam kilometer itu melibatkan pembinaan tiga terowong darat merentasi kawasan bukit bakau Island Park dan Island Glades untuk terus ke Jambatan Pulau Pinang.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow melahirkan keyakinan dan berpuas hati dengan perkembangan projek berkenaan.
 
Projek diusahakan Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd dengan ECK Development Sdn Bhd merupakan Jajaran 2 sebagai alternatif jalan pintasan bebas tol sekaligus mengurangkan masa pemanduan.
 
Projek Pakej 2 ini juga bakal menghubungkan pengguna jalan raya ke Jalan Bukit Kukus yang akan dibuka tidak lama lagi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini