Sebahagian Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (KLK) akan ditutup di kedua-dua arah selama 30 minit dari jam 11 malam ini.

Ia bagi memudahkan kerja-kerja pembinaan Projek Laluan Rel Timur (ECRL).

ANIH Berhad, pengendali Lebuhraya  KLK dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) memaklumkan, penutupan sepenuhnya bermula dari Kilometer 55.35 sehingga 55.85 (Lentang).

Menurut Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad, Radzimah Mohd Radzi, penutupan ini bertujuan memudahkan laluan jentera berat yang terlibat dengan pembinaan terowong ECRL di Genting.

Tambahnya, hanya laluan lorong kiri akan dibuka di kedua-dua arah selepas jam 11.30 malam.

Laluan dijangka akan dibuka sepenuhnya di semua arah pada jam 5 pagi, 28 Jun. Pengguna dinasihati merancang perjalanan dan mematuhi arahan petugas di lokasi.