Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia melonjak satu anak tangga kepada kedudukan ketujuh dalam ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Dalam senarai yang dikeluarkan semalam, Zii Jia mengumpul 76,100 mata daripada 31 kejohanan disertainya.

Persatuan Badminton Malaysia, BAM dalam hantaran di Facebook turut memaklumkan pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 itu juga berada dalam kedudukan teratas Ranking Jelajah Dunia dengan 33,960 mata.

Pemain Jepun, Kento Momota kekal selaku pemain nombor satu dunia, diikuti Viktor Axelsen dari Denmark di ranking kedua.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini