Lagenda sukan lawan pedang negara, Ronnie Ignatius Theseira meninggal dunia di sebuah rumah penjagaan warga emas di Melaka pada Sabtu.

Beliau yang juga merupakan bekas atlet Olimpik 1964 Tokyo itu meninggal dunia akibat sakit tua pada usia 92 tahun.

Ronnie yang membantu memperkenalkan sukan lawan pedang di Malaysia sekitar tahun 19-50an menghembuskan nafas terakhir ketika sedang tidur.

Beliau merupakan pengasas Persatuan Lawan Pedang Amatur Malaysia sekitar 1950-an selain melatih kebanyakan bekas pemain negara pada era 1970-an dan 1980-an.

Mendiang meninggal dua anak perempuan manakala isterinya telah meninggal dunia 10 tahun lalu.

Upcara memberi penghormatan terakhir kepada mendiang bermula jam 10 pagi hingga 10 malam  pada hari ini dan esok.

Selain lawan pedang, mendiang juga cemerlang dalam sukan tinju, bina badan dan tarian ballroom.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini