Seorang lelaki dipercayai mengalami masalah mental dikhuatiri lemas selepas terjun dari jambatan sungai Sri Samai Kuantan, Pahang.

Setakat ini, kelibat mangsa belum dijumpai. Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu memaklumkan mangsa datang ke situ menaiki motosikal.

Sebaik tiba, dia bertindak terjun ke dalam sungai sebelum dilihat cuba berenang ke tebing, namun gagal akibat arus deras.

Operasi mencari dan menyelamat dilakukan sejauh 3 kilometer dan ditangguhkan 6 petang semalam berikutan faktor cuaca. Operasi disambung hari ini.          

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini