Polis telah menahan lelaki yang dipercayai mengamuk selepas memberhentikan kereta di lorong kanan Kilometer 253 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di Kuala Kangsar pada Ahad lepas. Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek berusia 36 tahun itu ditahan di kediamannya di Taman Setapak Permai, Kuala Lumpur kira-kira pukul 9 malam pada Isnin.

Menurut Datuk Mior Faridalatrash, suspek dipercayai mengamuk kerana hilang kawalan emosi dan berada di bawah pengaruh dadah. Suspek telah direman pagi semalam dan difahamkan akan dituduh di mahkamah esok.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 427 dan Seksyen 283 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat dan melakukan galangan di jalan awam serta Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu galangan disebabkan kenderaan di jalan.

Sebelum ini, tular gambar lelaki itu berdiri di lorong kanan lebuh raya yang dimuat naik pengguna media sosial yang mendakwa suspek memberhentikan kereta sebelum turun dari kenderaan lalu mengamuk sambil memegang rantai emas dan memanjat kereta berdekatan selain menendang kereta pengguna lebuh raya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini