Seorang lelaki disyaki membakar bangunan parlimen Afrika Selatan bakal dihadapkan ke mahkamah pada Selasa.

Kebakaran tercetus pada pukul 3 pagi Ahad di kompleks lama parlimen yang siap pada 1884 dan mempunyai bilik yang diperbuat daripada kayu.

Menurut polis, suspek ditahan dalam bangunan parlimen.

Jurucakap parlimen, Moloto Mothapo berkata keseluruhan dewan yang turut terbakar.

Bumbung bangunannya juga runtuh dan hilang sama sekali.

Satu pasukan bomba digerakkan ke lokasi bagaimanapun terpaksa di tambah sekitar 70 anggota dalam operasi pemadaman.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini