Seorang pelagak ngeri di Brazil memecah Guinness World Records dengan berjalan di atas kabel yang menghubungkan dua belon udara panas pada ketinggian melebihi 1 kilometer dari tanah.

Rafael Zugno Bridi, 34, melakukan aksi berani mati itu di bandar Praia Grande, dengan hanya berkaki ayam pada ketinggian 1,868 meter di  udara.

Menurutnya, dia membuat keputusan untuk melakukan aksi berbahaya itu supaya dapat merasai ‘sensasi kebebasan  terapung di udara.’

Tambah Bridi, dia juga gemar mencabar rekod yang sukar ditandingi.

Bridi berkata, aksi  lagak ngeri seperti itu melibatkan dedikasi dari sudut  latihan dan keselamatan selama bertahun-tahun.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini