Sementara itu, seorang lelaki di Jerman nekad berjalan kaki ke Glasgow menggunakan sebuah bola keluli gergasi dalam menjayakan misi ‘mengumpul janji’ menjaga sumber alam.

Arnd Drossel, 53 tahun, berjalan selama 91 hari dalam bola keluli berkenaan dan menyapa orang ramai serta meminta mereka berjanji untuk menjaga sumber alam.

Drossel bertolak dari Paderborn pada Julai lalu dan sudah mengembara lebih 1,448 kilometer melalui lebih 60 bandar di Eropah, United Kingdom dan Ireland Utara.

Kini, dia bersama bola kelulinya berada di bandar Glasgow, Scotland sempena Persidangan Perubahan Iklim COP26.

Bola keluli berkenaan bersaiz sebesar 30.48 sentimeter dan seberat 160 kilogram.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini