Hilang daya penglihatan sejak berusia 6 tahun, tidak menghalang Sven van de Wege untuk terlibat dalam permainan video.

Malah lelaki berusia 35 tahun itu telah mengalahkan beberapa pemain terbaik dunia dan menjuarai siri permainan “Street Fighter”.

Berbekalkan kayu bedik atau ‘joystick’, peralatan Braille, dan memakai topeng mata tanpa skrin komputer, Sven van de Wege bergantung sepenuhnya kepada deria pendengaran bagi menewaskan lawan.

Ini merupakan teknologi yang dihasilkannya melalui Twitch, sebuah laman web untuk bermain permainan video.

Van de Wege yang bekerja sebagai jurutera IT telah menggunakan pengetahuan dan kreativitinya bagi mengubahsuai studio permainan video miliknya.

Studio, yang terletak di dalam kediamannya di The Hague, mempunyai dua komputer yang disambungkan ke paparan braille.

Van de Wege yang bergabung dengan Twitch sejak tahun 2017, mencabar orang ramai untuk berlawan permainan video dengannya pada setiap hari Ahad.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini