Seorang lelaki cedera parah dalam satu pergaduhan di sebuah bistro di Kota Samarahan, Sarawak.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, DSP Sudirman Kram dalam satu kenyataan memaklumkan, siasatan awal mendapati mangsa warga tempatan dipercayai mengalami kecederaan akibat terkena senjata tajam.

Mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital oleh rakannya bagi menerima rawatan.

DSP Sudirman memberitahu, selain suspek utama seramai sembilan orang lagi telah ditahan bagi mendapatkan kenyataan dan membantu siasatan.

Punca pergaduhan masih dalam siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini