Seorang lelaki yang dipercayai cuba memasuki ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ditahan polis.

Menurut Polis New York, lelaki dipercayai bersenjatakan senapang patah itu ditahan pada Khamis pukul 1.30 petang waktu tempatan.

Lelaki berkulit putih dalam lingkungan usia 60-an dilaporkan berlegar di perkarangan bangunan tersebut.

Dia didapati bukan kakitangan atau bekas kakitangan PBB atau ada apa-apa kaitan dengan pertubuhan itu

Selepas penahanannya, polis memaklumkan keadaan kembali selamat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini