Cuba meloloskan diri dari pemeriksaan polis, seorang lelaki dipercayai cuba merempuh sepasukan polis yang sedang melakukan rondaan di persimpangan Jalan Simpang Tiga – Batu Lintang, Kuching, maut akibat tembakan polis, malam tadi.

Tembakan terpaksa dilepaskan susulan suspek sebelum itu melanggar beberapa kenderaan dalam usahanya melarikan diri di persimpangan lampu isyarat.

Dalam kejadian itu, lelaki yang memandu kereta jenis Proton Saga dikatakan berada dalam keadaan mencurigakan sebelum bertindak memecut laju kenderaannya ketika diarahkan polis untuk berhenti bagi tujuan pemeriksaan oleh anggota polis yang bertugas.

Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan selepas suspek cuba melanggar beberapa anggota trafik yang mahu menahan suspek. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Lukas Aket mengesahkan kejadian dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini