Seorang bapa dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mendera anak perempuannya berusia lapan tahun di Kampung Sungai Kelong, Pasir Puteh, akhir bulan lalu.

Tertuduh, Wan Azlan Wan Ali, 44 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menganiaya anak-nya itu dengan cara memukul menggunakan sebatang kabel sehingga mendapat kecederaan fizikal.

Kejadian dilakukan di sebuah rumah di Kampung Sungai Kelong, Pasir Puteh pukul 1 pagi 28 Disember lalu.

Mengikut fakta kes, tertuduh memukul mangsa yang juga anak bongsu menggunakan sebatang kabel di seluruh badan, disebabkan telefon bimbit milik tertuduh mengalami masalah teknikal.

Terdahulu, Timbalan Pendakwaraya, Abu Arsalna Zainal Abidin memohon hukuman setimpal supaya menjadi pengajaran kepada tertuduh dan orang ramai yang sepatutnya melindungi anak-anak.

Tertuduh pula memohon hukuman dikurangkan memandangkan beliau sudah insaf dan tidak akan mengulanginya perbuatannya lagi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini