Sejak semalam, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki dipercayai dipukul sekumpulan lelaki di Pekan Ranau. Justeru itu, pihak polis meminta orang awam yang berada di lokasi berkenaan tampil memberi kerjasama untuk membantu siasatan. Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Mohd Sharull Abdul Wahab, mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang pengadu lelaki berusia 28 tahun di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta menghubungi pegawai penyiasat di talian 013-2956467 atau tampil ke balai polis berhampiran.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini