Polis menahan reman seorang lelaki kerana disyaki menceroboh dan melakukan khianat di kawasan tanah perkuburan di Kampung Jawa, Semanggol, Bagan Serai, Perak, yang videonya tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Mazuki Mat dalam satu kenyataan berkata, lelaki berumur 36 tahun itu ditahan hasil maklumat awam kira-kira pukul 9 pagi pada 9 Jun lalu dan direman bermula 10 hingga 15 Jun ini.

Berdasarkan rakaman video berdurasi 1 minit 21 saat yang dimuat naik dalam media sosial pada 8 Jun, lelaki berkenaan bertindak di luar kawalan dengan menceroboh dan melakukan khianat di sekitar kawasan perkuburan terbabit.

Hasil siasatan dan semakan video itu mendapati, suspek tinggal berdekatan di kawasan berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 297 Kanun Keseksaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini