Seorang lelaki berusia 69 tahun berjaya diselamatkan selepas 22 jam hanyut di lautan.

Ia dianggap sebagai satu keajaiban. Lelaki yang namanya tidak didedahkan itu, bersendirian di atas bot dan dalam perjalanan ke pulau peranginan Yakushima pada petang Sabtu ketika bot dinaikinya terbalik.

Dia berjaya membuat panggilan kecemasan kepada rakan sekerja di pulau itu, namua gagal ditemui.

Ketika diselamatkan lelaki tersebut sedang duduk di atas enjin botnya yang terbalik sambil menggenggam bahagian kipas.

Rakaman video oleh pengawal pantai menunjukkan lelaki itu membungkus diri dengan kepingan plastik kelabu untuk mengurangkan kesejukan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini