Dua termasuk seorang wanita ditahan kerana dipercayai menyerang seorang lelaki di sebuah pasar pagi di Kuala Lumpur.

Kes dipercayai berlaku apabila mangsa dikatakan merakam aktiviti perniagaan yang melanggar syarat sah lesen.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Aimihizam Abdul Shukor berkata kejadian berlaku di Pasar Pagi Taman OUG.

Suspek didakwa mendirikan tapak niaga melebihi jumlah  dibenarkan pihak berkuasa tempatan.

Ekoran itu, mangsa merakam aktiviti perniagaan dipercayai untuk dijadikan bukti.

Tidak puas hati dengan perlakuan tersebut peniaga terbabit bertindak menyerang mangsa.

Pelakuan berkenaan turut tular di media sosial.

Kedua-dua suspek berjaya ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini