Seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam kejadian kebakaran bangunan Parlimen Afrika Selatan akan dihadapkan ke mahkamah minggu ini.

Sebahagian besar bangunan Parlimen itu musnah dalam kebakaran, semalam, dengan anggota bomba bertungkus lumus mengawal api daripada terus merebak.

Jurucakap Parlimen berkata keseluruhan bahagian yang menempatkan Dewan Negara, termasuk tempat ahli duduk telah musnah dalam insiden itu.

Bumbung Dewan Negara turut runtuh.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.


Presiden, Cyril Ramaphosa memaklumkan, sidang  Parlimen akan diteruskan walaupun berlaku kemusnahan besar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini