Gara-gara menggunakan siren polis untuk memudahkan perjalanannya meredah kesesakan lalu lintas di Parit Raja, Batu Pahat Johor…seorang lelaki menerima padah. Suspek berusia 34 tahun, ditahan polis pada kelmarin susulan aduan orang ramai. Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Azhan Abdul Halim, pihaknya turut merampas sebuah kereta bersama satu set siren yang telah dipasang. Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Polis 1967 kerana kesalahan menghalang lalu lintas serta Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini