Seorang lelaki warga Iraq dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang  atas pertuduhan membunuh wanita warga Somalia, minggu lalu.
 
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Ali Ahmed Abdullah Al-Maghazachi, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Normaizan Rahim.
 
Pengakuan tidak direkodkan berikutan kes bunuh dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
 
Mengikut pertuduhan, Ali Ahmed, yang merupakan pembantu restoran didapati membunuh Dahabo Omar Ali  pada 13 Februari lalu, pukul 11.46 pagi di hadapan sebuah premis di Jalan Memanda Satu, Taman Dato Ahmad Razali, Ampang.
 
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati sabit kesalahan.
 
Pendakwaan dikendalikanTimbalan Pendakwa Raya, Nurul Ameera Sam Kamaruddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.
 
Mahkamah menetapkan 9 Mei depan bagi sebutan semula kes.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini