Seorang lelaki dari wilayah Henan, China membuat keputusan berkahwin semula dengan bekas isterinya setelah mengetahui wanita itu menderita sakit tenat.

Malah, dia juga sanggup menjual rumahnya bagi membiayai kos perubatan.

Chen Zhenfeng, 39 tahun, kini setia menjaga isterinya, Xie Hongxia, 35 tahun yang menghidap uremia.

Uremia merupakan salah satu tanda tahap akhir penyakit buah pinggang apabila organ itu sudah berhenti berfungsi.

Lebih menyentuh hati, lelaki itu juga sanggup menderma buah pinggangnya untuk wanita tersebut.

Pasangan itu berkahwin pada 2012 dan bercerai pada 2019 disebabkan masalah rumah tangga.

Selepas dua tahun, Zhenfeng menghubungi bekas isterinya untuk bertanya khabar dan mendapat tahu Hongxia menderita uremia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini