Seorang lelaki berusia 46 tahun menjadi korban keempat banjir yang melanda Kelantan sejak 17 Disember lalu.

Mangsa, Mohd Razi Jaafar ditemui pada pukul 5.30 petang semalam selepas dipercayai terjatuh ke Sungai Lubok Jong dekat Kampung Serongga, Pasir Mas.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 3.20 petang semalam daripada abang mangsa yang mengatakan adiknya lemas.

Menurutnya, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas dan Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Pengkalan Chepa telah menjumpai mangsa di celah akar pokok di tebing sungai iaitu empat kilometer dari rumahnya.

Tambahnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk proses bedah siasat, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini