Seorang lelaki berperwatakan wanita dihukum penjara lima bulan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melindungi individu dikehendaki, Abdul Hamim Ab Hamid atau lebih dikenali sebagai Long Tiger.

Tertuduh, Rusli Mat, 47 tahun membuat pengakuan tersebut ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Petani, Kedah, pagi tadi.

15 Disember 2021, Long Tiger melarikan diri ketika menunggu proses perbicaraan di Mahkamah Majistret Tangkak, Johor.

Dia kemudian dicekup pada 20 Disember 2021 oleh sepasukan polis di LBS 854 A, Kebun Tebu, Jalan Kuala Ketil, Sungai Petani, Kedah.

Long Tiger menghubungi Rusli Mat pada 18 Disember 2021 dan memberitahu mahu menumpang di rumahnya sementara waktu.

Rusli Mat mengetahui bahawa Long Tiger merupakan individu dikehendaki polis dan dengan rela hati memberi kebenaran kepada Long Tiger untuk tinggal di rumahnya sementara menunggu tekong bot dari Indonesia.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwaraya,  Khairul Azreem Mamat dan Zulfadzly Hassan.

Manakala Rusli Mat  diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini