Seorang lelaki dipercayai terlibat dalam pergaduhan, mati ditetak di Jalan Pak Abu, Kampung Telaga Air di Butterworth semalam. 

Mangsa ditemui orang awam dalam keadaan terbaring diatas jalan dan tidak sedarkan diri pada jam 8 malam sebelum menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Mangsa yang berasal dari Taman Sutera Jaya, Sungai Petani, Kedah bagaimanapun dilaporkan meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya .

Hasil siasatan mendapati terdapat kesan tetakan pada bahagian bawah jari kelingking kiri serta luka pada betis kiri mangsa. 

Semakan lanjut mendapati mangsa mempunyai 15 rekod jenayah lampau. 

Ketua Polis daerah Seberang Perai Utara, ACP Noorzainy Mohd Noor mengesahkan kejadian itu.

Kes disiasat mengikut Seksyan 302 Kanun Keseksaan. 

Polis turut meminta orang awam atau saksi kejadian tampil menyalurkan maklumat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini