Seorang Ielaki Orang Asli maut selepas dibaham seekor harimau dalam kejadian di Kampung Sau, Pos Bihai, Gua Musang, Kelantan.

Dalam kejadian pukul 9.10 pagi semalam, mangsa, Anek Along yang sedang menumbuk padi huma di belakang rumahnya disedari hilang sebelum mayatnya ditemui penduduk kampung.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, anak perempuan mangsa menyedari kehilangan bapanya selepas tidak menyahut biarpun beberapa kali dipanggil.
 
Bimbang keselamatan bapanya, anak mangsa mencari bapanya di belakang rumah dan mendapati terdapat kesan darah pada daun-daun pokok.
 
Anak mangsa kemudian memohon bantuan penduduk kampung untuk mencari bapanya.

Berpandukan kesan darah terbabit, mangsa berjaya ditemui dan penduduk kampung bertindak melontar lembing mengenai seekor harimau yang kemudiannya melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran.
 
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk tindakan lanjut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini