Seorang lelaki maut ditikam lembing dalam satu kejadian pergaduhan di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Mangsa berusia 29 tahun itu bersama sekumpulan lelaki pergi ke satu rumah di Taman Tun Hussein Onn, pada jam 11.30 malam, Rabu lalu.

Seorang lelaki yang berada dalam rumah berkenaan kemudian bertindak menyerang balas dengan menikam mangsa di bahagian dada.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Susulan itu, polis menahan dua lelaki yang merupakan anak dan bapa bagi membantu siasatan kes tersebut.

Siasatan masih dijalankan termasuk mengenal pasti motif kejadian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini