Di Dungun, Terengganu, seorang lelaki maut apabila kereta dipandu bertembung sebuah lori. Kemalangan berlaku di kilometer 65 Jalan Jerangau-Jabor

Mangsa Abdul Hannan Abdul Hadi, 22 tahun, maut di lokasi kejadian manakala pemandu lori terbabit cedera ringan.

Menurut Ketua Polis Dungun, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, kereta dipandu mangsa hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori tersebut.

Pihaknya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini