Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas dan melanggar tiang lampu lalu terbakar, pagi tadi. Nahas berlaku di Jalan Seremban-Kuala Pilah berdekatan Balai Undang Sungai Ujong, Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Nanda Maarof berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.50 pagi.

Menurut beliau, akibat kemalangan, kereta tersebut mengalami kerosakan di bahagian hadapan sehingga mengakibatkan pemandu berusia 35 tahun tersepit dan gagal keluar sebelum kenderaan itu terbakar.

Mangsa turut terbakar dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) untuk bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini