Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandu bertembung dengan sebuah lori dalam kemalangan di Kilometer 8, Jalan Saratok-Sarikei pagi tadi.

Maklumat Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak menyatakan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12:59 minit pagi.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Saratok telah digerakkan ke lokasi kemalangan.

Setibanya di tempat kejadian, pemandu kereta terbabit didapati tersepit di posisi tempat duduk.

Pihak anggota bomba berusaha untuk mengeluarkan mangsa, namun disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala pemandu dan kelindan lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini