Di Perlis, seorang pemandu kereta maut dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Kuala Perlis-Changlun kira-kira pukul 8.15 malam tadi.

Mangsa maut ditempat kejadian dikenali sebagai Amirul Syawal Arshad, 29 dari Kampung Langsat,Changloon, Kedah

Menurut Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof, ketika kejadian mangsa bersama seorang lagi penumpang dalam perjalanan dari Kuala Perlis menuju ke Bukit Kayu Hitam.

Setibanya dilokasi kejadian, kereta yang dipandu terbabas dan melanggar pokok di bahu jalan akibat jalan licin berikutan hujan sejak petang.

Mangsa tercampak keluar ke dalam parit di kiri jalan dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi.

Manakala penumpang kereta dikenali sebagai Marlisukarni Ahli, 29 juga dari Kampung Langsat, Changloon berjaya keluar melalui tingkap dan mengalami kecederaan.

Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini