Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut dalam kemalangan di Jalan Alor Redis, Arau, Perlis kira-kira pukul 10 malam tadi. Mangsa, Muhamad Shakir Abdul Jabar, 29 tahun yang berasal dari Kampung Tok Pulau, Simpang Empat, Arau, maut di tempat kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari Tambun Tulang ke Jejawi. Ketika melalui selekoh, motosikal yang ditunggang terbabas dan terjatuh ke dalam parit di tepi bendang.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah dan kes disiasat mengikutSeksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.        

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini