Seorang lelaki maut selepas terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di atas bumbung sebuah rumah.

Kejadian berlaku di lorong Derga, Alor Setar, Kedah, kira-kira pukul 11.40 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 11.46 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, lelaki berusia 38 tahun itu didapati terbaring di atas bumbung dipercayai terkena renjatan arus elektrik.

Mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian sebelum mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini