Meskipun dirinya kurang upaya dan berkerusi roda, ia tidak menghalang seorang lelaki dari Sabah untuk menyelamatkan seekor anak kucing yang terjatuh ke dalam longkang.Video tersebut tular selepas Abu Fathiyyaturahma Menk Abdun Mujtahid, memuat naik video tersebut di laman Facebook miliknya.Abu Fathiyyaturahma yang juga atlet paralimpik negeri di bawah bayu itu dilihat merangkak turun ke cerun untuk mengam bil anak kucing yang berpaut pada dinding longkang.Difahamkan, Abu Fathiyyaturahma menemui haiwan tersebut ketika dia dan rakannya sedang dalam perjalanan menuju ke Kompleks Sukan Likas, Sabtu lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini