Seorang lelaki warga Pakistan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan membunuh rakan serumahnya warga India di Taman Happy di Port Dickson, awal bulan ini.

Tertuduh, Muhammad Hassan, 25, yang merupakan seorang pekerja am di sebuah kilang penapisan minyak di Port Dickson mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Norzaliza Tesmin. 

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Tertuduh yang juga tidak dibenarkan diikat jamin. Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati telah membunuh seorang lelaki warga India, Vishavdeep Singh, 22.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Taman Happy, Batu 1, Jalan Pantai, Port Dickson lebih kurang pukul 12.37 tengah malam hingga 1.50 pagi pada 3 Januari 2022. Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini