Seorang lelaki dirakam melakukan aksi berani melompat dari sebuah bangunan ke sebatang pokok.

Khyler Vick, 25 tahun, dari Utah, Amerika Syarikat merupakan pengasas kumpulan lagak ngeri dikenali sebagai blockheaDs.

Vick mengakui agak gementar dan hampir membatalkan niat untuk melakukan aksi itu sebaik berada di tebing bangunan.

Ia selepas dia melihat jurang antara bangunan dan pokok terbabit agak jauh, malah dahan pokok tersebut juga kecil.

Namun demi mencipta kandungan, Vick meneruskan niatnya itu.

Tiada kecederaan serius berlaku namun hanya luka-luka kecil.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini