Tindakan seorang lelaki di Lagos, Nigeria memanjat sayap kapal terbang untuk memasuki kabin, mencetuskan kebimbangan penumpang Jumaat lalu. Pesawat Azman Airways ketika itu sedang bersedia untuk berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Murtala Muhammed. Ada penumpang yang cemas dengan tindakan lelaki berkenaan meminta kru kabin membuka pintu bagi membolehkan mereka keluar. Polis bagaimanapun menahan lelaki terbabit dan tidak memberi penjelasan punca suspek mahu menceroboh ke dalam pesawat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini