Kes pukul warga emas berhampiran jejantas di Padang Jawa, Shah Alam, semalam. Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata seorang lelaki ditahan dalam insiden tersebut.

Mangsa iaitu pesara swasta berusia 61 membuat laporan polis mengenai kejadian itu pada jam 2 petang. Ketika insiden, mangsa memandu bersama isteri serta cucu ke Putrajaya.

Suspek yang menaiki motosikal dikatakan berada di sebelah kiri kereta mangsa dan menjerit memarahi mangsa. Bimbang ada perlanggaran, mangsa keluar daripada kereta dan tiba-tiba ditendang suspek 20an.

Ia menyebabkan mangsa mengalami bengkak bawah mata, kepala serta sakit bahagian rusuk. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.     

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini