Seorang lelaki berusia 69 tahun diselamatkan di laut bergelora di selatan Jepun.

Dia menghabiskan 22 jam hanyut di perairan terbuka di atas botnya yang terbalik.


Pegawai penyelamat pantai menyifatkan kelangsungan hidupnya sebagai ‘keajaiban’.

Lelaki itu ditemukan bersendirian di atas bot di barat daya wilayah Kagoshima.

Dia yang berseorangan dalam perjalanan ke sebuah lokasi projek pembinaan pelabuhan pada petang Sabtu apabila botnya terbalik.

Rakan sekerjanya menghubungi Pasukan Pengawal Pantai memaklumkan tentang kejadian tersebut.

Namun dia hanya ditemukan hari berikutnya sekitar 30 kilometer di luar pantai Pelabuhan Ono Aida di Yukushima.

Lelaki itu mengalami kecederaan kecil pada buku lali kaki kiri namun tidak mengancam nyawanya.

Pasukan pengawal pantai masih menyiasat punca kejadian itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini