Seorang lelaki mengalami detik mencemaskan selepas kereta dinaiki dihempap pokok tumbang di Petaling Jaya, Selangor.

Dalam kejadian itu, 14 kenderaan lain yang berada berhampiran turut ditimpa pokok sama. 

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, kejadian berlaku di Bandar Sri Damansara 12.50 tengah hari tadi.

Bomba terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan mangsa tersepit.

Mangsa berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan.

Beberapa kenderaan yang diletak di tepi jalan turut rosak akibat insiden berkenaan. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini